Majlis Penyerahan Buku Seni Silat oleh Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Artikel hanya terdapat dalam bahasa Melayu | Article available only in Malay
Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah berbesar hati untuk memberi sumbangan buku kepada Perpustakaan Awam Kelantan untuk menambahkan lagi bahan bacaan di Perpustakaan Awam Kelantan.
Majlis yang berlangsung pada 15 Ramadan 1436H bersamaan 2 Jun 2015 jam 10:00 pagi ini disempurnakan oleh YB. Mejar (B) Dato' Hj. Md Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Beliau menyumbangkan 10 buah buku berkaitan dengan silat bertajuk Seni Silat Dari Kacamata Islam - Seni Gayung Fatani yang di tulis oleh Wan Baharuddin Wan Mamat dan buku bertajuk Menuju Kegemilangan Seni Silat Jatuh Kelantan yang di tulis oleh Shafie Husin.
Sumbangan buku ini telah di terima oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, YABrs. Encik Mohamad Bin Othman. Diharap dengan adanya buku ini akan menjadi satu dokumentasi penting dalam memelihara warisan Kelantan dan menyebarluaskan pengetahuan tentang sejarah persilatan Melayu Kelantan kepada masyarakat umum.